Menu
Usus Struktur dan fungsiStruktur dan fungsi usus boleh diperikan pada anatomi kasar dan juga secara mikroskopik. Salur usus boleh dibahagi kepada dua bahagian, iaitu usus kecil dan usus besar.[2]Setiap orang berbeza saiz ususnya mengikut besar badan dan umur.
Lumen merupakan rongga yang dilalui oleh makanan, dan juga dari mana nutrien diserap. Kedua-dua usus berkongsi struktur am yang sama di sepanjang salur, dan terdiri daripada beberapa lapisan. Selepas memasuki lumen, hasil cernaan melalui mukosa (epitelium kelenjar dan muskaliris mukosa), submukosa, muskularis eksterna, dan akhir sekali serosa.
Struktur am dinding ususDi dalam usus besar ada beberapa jenis bakteria yang menguruskan molekul yang tidak boleh dipecahkan oleh tubuh manusia sendiri. Ini adalah satu contoh simbiosis. Bakteria ini juga menyumbang kepada penghasilan gas di dalam usus kita (gas ini dilepaskan sebagai kentut apabila disingkirkan melalui dubur). Namun begitu, usus besar amat tertumpu pada penyerapan air dari bahan cernaan (yang dikawal oleh hipotalamus) dan penyerapan semula natrium dan juga sebarang nutrien yang mungkin terlepas dari pencernaan awal dalam ileum.
Menu
Usus Struktur dan fungsiBerkaitan
Usus Usus kecil Usus besar Usus buntu Usus belakang Ususău, Arad Úsuší Usul al-Fiqh Usuluddin Usulan pindaan Perlembagaan Malaysia 2019Rujukan
WikiPedia: Usus http://hypertextbook.com/facts/2001/AnneMarice